twitter
rss





"Musical Chairs" merupakan satu aktiviti/ permainan yang sering dijalankan semasa majlis hari jadi murid-murid dan sebagainya. Namun begitu, "Musical Chairs" juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. 


 Cara Perlaksanaan "Musical Chairs"

1.     Sebilangan kerusi disusun dalam bentuk bulatan (dengan setiap kerusi menghadap ke luar bulatan).
2.   Bilangan kerusi= bilangan pemain - 2.
3.   Murid-murid berdiri mengelilingi bulatan kerusi yang telah disusun.
4.   Murid-murid bergerak mengikut arah jam apabila muzik dimainkan.
5.   Apabila muzik diberhentikan mereka perlu duduk di atas kerusi tersebut dan 2 orang murid yang tidak   dapat duduk dikehendaki untuk mengucapkan "I Love ALLAH" kepada satu sama lain.
6.   Langkah 4 dan 5 diulangi untuk beberapa pusingan (tanpa sesiapa disingkirkan).
7.   Untuk menghangatkan permainan, pusingan penyingkiran dimulakan di mana setiap murid yang tidak dapat duduk di atas kerusi semasa muzik diberhentikan akan disingkirkan.
8.   Sekiranya terdapat murid disingkirkan, sekurang-kurangnya 1 kerusi perlu dikeluarkan.
9.    Langkah 7 dan 8 diulangi sehingga johan dikenalpasti.

*Permainan ini amat menyeronokan apabila 2 orang murid yang berlainan jantina terpaksa mengucapkan "I Love You". Mereka menunjukkan perasaan segan dan malu serta gelagat yang melucukan. (Perhatian: Guru hendaklah menjelaskan maksud "LOVE" kepada murid-murid semasa membuat kesimpulan untuk mengelakkan salah faham daripada permainan itu).
  

"Semasa aktiviti "Musical Chairs", saya juga turut serta bermain permainan ini bersama-sama dengan murid-murid dan saya dapati hubungan kami menjadi rapat"

4 comments:

  1. salam...bagi pendapat saya aktiviti ini sudah bagus...cuma satu je saya nak komen, boleh x tukar perkataan yang disebut tu? kalau boleh kenalkan murid-murid dgn perkataan yang lebih mengingatkan diri mereka dengan kekuasaan Allah...contohnya "subhanallah, awak anak solehah/soleh..
    =)sekadar memberi komen..

  1. Main rebut2 kerusi.. Best! Saya setuju dengan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif. Lebih-lebih lagi dengan iringan muzik. Tapi cikgu kena pantau dari sudut keselamatan. Takut-takut ada yang jatuh berebutkan kerusi. Hehe :)

  1. Best! budak2 suka.. :) Boleh jugak selitkan sikit isi p&P dalam nie. creative beyond rph. hehe..^^)

  1. sweet jer... !!! yang I Love Allah tue best..
    saya cadangkan cikgu perlu membuat sesi refleksi lepas habis gamees nie.. Tanya murid2 apa yang mereka dapat pengajaran melalaui games nie.. :) contohnya: murid2 dapat pengajaran bahawa "siapa cepat dia yang dapat"..

Post a Comment