
Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008).
Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan
murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis
tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan
oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa,
peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil,
mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).
Faktor teknikal yang
merujuk teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan
belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat
bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh
merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi
sajak, kuiz, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang
semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat lagi (Mok Soon
Sang, 2008).