twitter
rss





"Musical Chairs" merupakan satu aktiviti/ permainan yang sering dijalankan semasa majlis hari jadi murid-murid dan sebagainya. Namun begitu, "Musical Chairs" juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. 


 Cara Perlaksanaan "Musical Chairs"

1.     Sebilangan kerusi disusun dalam bentuk bulatan (dengan setiap kerusi menghadap ke luar bulatan).
2.   Bilangan kerusi= bilangan pemain - 2.
3.   Murid-murid berdiri mengelilingi bulatan kerusi yang telah disusun.
4.   Murid-murid bergerak mengikut arah jam apabila muzik dimainkan.
5.   Apabila muzik diberhentikan mereka perlu duduk di atas kerusi tersebut dan 2 orang murid yang tidak   dapat duduk dikehendaki untuk mengucapkan "I Love ALLAH" kepada satu sama lain.
6.   Langkah 4 dan 5 diulangi untuk beberapa pusingan (tanpa sesiapa disingkirkan).
7.   Untuk menghangatkan permainan, pusingan penyingkiran dimulakan di mana setiap murid yang tidak dapat duduk di atas kerusi semasa muzik diberhentikan akan disingkirkan.
8.   Sekiranya terdapat murid disingkirkan, sekurang-kurangnya 1 kerusi perlu dikeluarkan.
9.    Langkah 7 dan 8 diulangi sehingga johan dikenalpasti.

*Permainan ini amat menyeronokan apabila 2 orang murid yang berlainan jantina terpaksa mengucapkan "I Love You". Mereka menunjukkan perasaan segan dan malu serta gelagat yang melucukan. (Perhatian: Guru hendaklah menjelaskan maksud "LOVE" kepada murid-murid semasa membuat kesimpulan untuk mengelakkan salah faham daripada permainan itu).
  

"Semasa aktiviti "Musical Chairs", saya juga turut serta bermain permainan ini bersama-sama dengan murid-murid dan saya dapati hubungan kami menjadi rapat"





Lakonan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi dan bakat sedia ada. 
Oleh yang demikian, kaedah ini sesuai digunakan dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang memfokuskan kepada pembentukkan nilai dan sahsiah dalam diri murid-murid. Lakonan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh murid-murid, sementara guru hanyalah sebagai fasilitator.








Kesimpulannya, guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik agar dapat menggalakkan murid-murid untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka secara bebas.

"Moral harus diperlajari daripada pengalaman harian dan bukannya dipelajari daripada buku."


 


  


Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. 


Video ini menunjukkan kepada kita sebagai mahasiswa guru bahawa didik hibur merupakan salah satu teknik pengajaran yang berkesan untuk diamalkan di sekolah kelak.

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan.  Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu:


i)  Pelbagai bidang ilmu serta tema,
ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,
iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah rendah dan menengah.