"Musical Chairs" merupakan satu aktiviti/ permainan yang sering dijalankan semasa majlis hari jadi murid-murid dan sebagainya. Namun begitu, "Musical Chairs" juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Cara
Perlaksanaan "Musical Chairs"
1. Sebilangan kerusi
disusun dalam bentuk bulatan (dengan setiap kerusi menghadap ke luar bulatan).
2. Bilangan kerusi=
bilangan pemain - 2.
3. Murid-murid berdiri
mengelilingi bulatan kerusi yang telah disusun.
4. Murid-murid bergerak
mengikut arah jam apabila muzik dimainkan.
5. Apabila muzik
diberhentikan mereka perlu duduk di atas kerusi tersebut dan 2 orang murid yang
tidak dapat duduk dikehendaki untuk mengucapkan "I Love ALLAH" kepada
satu sama lain.
6. Langkah 4 dan 5
diulangi untuk beberapa pusingan (tanpa sesiapa disingkirkan).
7. Untuk menghangatkan
permainan, pusingan penyingkiran dimulakan di mana setiap murid yang tidak
dapat duduk di atas kerusi semasa muzik diberhentikan akan disingkirkan.
8. Sekiranya terdapat
murid disingkirkan, sekurang-kurangnya 1 kerusi perlu dikeluarkan.
9. Langkah 7 dan 8
diulangi sehingga johan dikenalpasti.
*Permainan ini amat
menyeronokan apabila 2 orang murid yang berlainan jantina terpaksa mengucapkan
"I Love You". Mereka menunjukkan perasaan segan dan malu serta
gelagat yang melucukan. (Perhatian: Guru hendaklah menjelaskan maksud
"LOVE" kepada murid-murid semasa membuat kesimpulan untuk mengelakkan
salah faham daripada permainan itu).
16 March 2013 at 05:28
salam...bagi pendapat saya aktiviti ini sudah bagus...cuma satu je saya nak komen, boleh x tukar perkataan yang disebut tu? kalau boleh kenalkan murid-murid dgn perkataan yang lebih mengingatkan diri mereka dengan kekuasaan Allah...contohnya "subhanallah, awak anak solehah/soleh..
=)sekadar memberi komen..