twitter
rss


Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. 


Video ini menunjukkan kepada kita sebagai mahasiswa guru bahawa didik hibur merupakan salah satu teknik pengajaran yang berkesan untuk diamalkan di sekolah kelak.

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan.  Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu:


i)  Pelbagai bidang ilmu serta tema,
ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,
iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah rendah dan menengah.




2 comments:

  1. wah aktiviti yg kreatif..=)

  1. tahniah. aktiviti yg baik... good job.. :)

Post a Comment