Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.
Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.
Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat
di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu
papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk
guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan
bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan
dan kebersihan.Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008).
Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan
murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis
tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan
oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa,
peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil,
mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).
Faktor teknikal yang
merujuk teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan
belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat
bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh
merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi
sajak, kuiz, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang
semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat lagi (Mok Soon
Sang, 2008).
Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru
juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah
mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas
mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun
meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik
darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran
supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan
supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
Sebagai perancang
Guru perlu merancang pembelajarannya secara
sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang
dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran,
bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan.
Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah
Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi
pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah
pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru
dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid
mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing
sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti
pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah matematik
yang kompleks dan sebagainya.
Mengembangkan kebolehan murid
Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap
kebolehan yang berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan
kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu
menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental
mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam pembelajaran.
Bimbing murid membuat keputusan
Guru mempunyai pengalaman yang lebih
banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid
untuk membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya
dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan.
Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan
dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental.
1) Mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif, kondusif
dan produktif
2) Persekitaran bilik darjah yang positif
3) Murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
4) Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
5) Rutin dan peraturan bilik darjah
6) Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
7) Galakkan penglibatan murid
8) Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
9) Membentuk suasana pembelajaran yang positif
10) Menjalinkan hubungan
interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
11) Menggunakan masa yang
diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
12) Meningkatkan penglibatan
murid dalam aktiviti p&p
13) Mengurangkan masalah
disiplin
14) Pengurusan rutin yang berkesan
Cara
Mewujudkan Bilik Darjah Yang Berkesan
Ø
Guru
sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
Ø
Murid perlu
sedar guru sentiasa mengawasi mereka
Ø
Guru merancang
dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
Ø
Komunikasi
berkesan
Ø
Guru mesti percaya
setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
Ø
Guru patut
menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
Ø
Jadikanlah
bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
Ø
Guru
menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik
murid-murid
Ø
Mempertimbangkan
persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
Ø
Membangun
dan mengekalkan persekitaran pembelajran dan mengekalkan persekitaran bilik
darjah supaya pembelajran yang berkesan berlaku
Ø
Mengasuh
dan mendidik muird supaya bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran
pembelajaran yang kondusif
v
Suasana
demokratik di dalam bilik darjah
v
Guru perlu
mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
v
Menimbulkan
persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
v
Pembelajaran
berasaskan individu
v
Mempunyai semangat
kekitaan
v
Mengamalkan
komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.gif)



.jpg)